fb fb fb fb fb

PM: Tiada rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana

Barisan jemaah menteri bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto PMO

PUTRAJAYA, 2 April - Tiada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi Kompleks Seri Perdana pada tahun ini, kata Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau hanya menghadiri majlis rumah terbuka anjuran kerajaan negeri dan kementerian.

"Saya dah putus untuk sambutan Aidilfitri tidak buat besar-besaran di Seri Perdana. Kerajaan harus cermat dalam belanja, ini termasuk agensi-agensi. Sambut Aidilfitri dengan sederhana.

“Janganlah bersaing siapa lebih megah menganjurkan majlis... bukan duit kamu pun,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Ini kali kedua kerajaan MADANI tidak mengadakan rumah terbuka di peringkat persekutuan seperti diamalkan pentadbiran sebelum ini.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata keputusan itu dibuat sebagai langkah berjimat cermat dan sambutan sederhana.

Sementara itu, Datuk Seri Anwar menegaskan bahawa semua agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) harus elak salah laku, rasuah serta kecurangan.

Kerajaan sedang memantau semua agensi berkaitan supaya tidak terjeremus dalam isu berkenaan.

"Ini adalah peringatan kepda semua agensi penguatkuasaan termasuk Kastam, LHDN, Imigresen. Kita sedang pantau dengan dekat."

"Saya harap sangat kita dapat mengelakkan laporan kecurangan kerana majoriti penjawat awm menginginkan kebaikan," tambah Anwar.

GRACE AISYAH KEDAYAN