fb fb fb fb fb

PM terima kunjungan Menteri Luar Jerman bincang perdagangan, isu keselamatan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Kunjungan Hormat Menteri Luar Jerman di Putrajaya /BERNAMA

PUTRAJAYA, 12 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan dari Menteri Luar Jerman, Annalong Baerbock petang tadi di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Ketibaan Baerbock pada pukul 5.00 petang itu turut disambut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dalam pertemuan kira-kira 40 minit itu, Perdana Menteri bukan sahaja membincangkan sektor pelaburan dan perdagangan, malah turut memfokuskan isu keselamatan Laut China Selatan dan juga Selat Melaka.

"Jumlah dagangan dua hala diantara Malaysia dengan Jerman telah pun mencapai AS$13 bilion dan setiap tahun menokok (bertambah). Ini jelas menunjukkan bahawa hubungan dua hala perdagangan kedua-dua negara ini amat aktif dan dinamik sekali.

"Dari segi pelaburan daripada syarikat-syarikat negara Jerman itu amat jelas sekali, seperti baru-baru ini syarikat Infineon telah pun menyatakan untuk membuka operasi baharunya daripada Melaka dan membuka yang baharu di Kulim Hi-Tech di Kedah", katanya dalam sidang media di sini.

Lawatan ini akan disusuli lawatan rasmi oleh Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier ke Malaysia pada Februari depan.

ROSLINA BINTI DIN