fb fb fb fb fb

PM terima kunjungan hormat Menteri-Menteri Luar ASEAN

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menerima kunjungan hormat Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Julai -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Menteri-Menteri Luar Asean, sebelum merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM ke-58), pagi tadi.

Pertemuan berlangsung selama 30 minit itu turut dihadiri Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Antara yang hadir, Setiausaha Luar Filipina, Maria Theresa P. Lazaro, Menteri Luar II Brunei, Datuk Seri Setia Erywan Yusof serta Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn.

Hadir sama, Menteri Luar Indonesia, Sugiono, Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam, Bui Thanh Son.

Turut serta, Menteri Luar Laos, Thongsavanh Phomvihane, Menteri Luar dan Kerjasama Timor-Leste, Bendito dos Santos Freitas.

Kehadiran wakil Timor Leste selaras dengan status semasa negara itu sebagai pemerhati dalam ASEAN.

Sementara itu, Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn turut hadir, mewakili sekretariat Asean.

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI