BUKIT JALIL, 31 Januari- Kerajaan perpaduan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa menangani isu rasuah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan mana-mana pihak yang terlibat dalam jenayah itu tidak akan terlepas selain yakin kenyataan Transparency International (TI) berkenaan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) boleh diperbaiki.
"Masalah besar ini dari semua peringkat akan mesti ditangani. Tiada tolak ansur, pastinya tindakan tegas dikenakan.
"Walaupun kerajaan ini masih baru lagi, tetapi kita akan lakukan secara konsisten. Berikan sokongan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya dalam sidang media pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2021 yang berlangsung di Kompleks Majlis Sukan Negara, di sini.
Sebelum ini, Presiden TI cawangan Malaysia Muhammad Mohan berkata tindakan segera perlu diambil untuk meningkatkan skor CPI negara yang rendah.
(Anwar Ibrahim)