
KUALA LUMPUR, 19 Februari- Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong akan mengadakan lawatan khas ke Malaysia pada Jumaat (20 Februari) dan dijadualkan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Lawatan khas Perdana Menteri Singapura ke Malaysia dijadualkan pada Jumaat untuk pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri Malaysia.
- Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan kerjasama dua hala dan isu berkepentingan bersama.
- Perbincangan turut merangkumi hasil Pemukiman Pemimpin yang berlangsung pada 4 Disember 2025.
- Singapura digariskan sebagai jiran serta rakan utama Malaysia dalam ASEAN dengan hubungan erat pelbagai bidang.
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan kerjasama dua hala serta isu-isu berkepentingan bersama termasuk hasil Pemukiman Pemimpin yang berlangsung pada 4 Disember 2025.
“Singapura merupakan jiran serta rakan utama Malaysia dalam ASEAN dengan hubungan yang erat dan meluas dalam pelbagai bidang,” menurut kenyataan hari ini.
Singapura juga adalah rakan dagang kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencecah RM402.35 bilion (AS$93.97 bilion) bagi tahun 2025 iaitu peningkatan sebanyak 1.5 peratus berbanding 2024.