fb fb fb fb fb

Rakyat Malaysia diseru kongsi pencapaian Kerajaan MADANI - PM

Anwar Ibrahim (kanan) pada majlis makan malam bersama diaspora dan rakan-rakan Malaysia di Brazil/Foto RTM

RIO DE JANEIRO, 18 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia termasuk mereka yang berada di luar negara untuk berkongsi kisah kejayaan dan kesungguhan Kerajaan MADANI dalam membawa perubahan besar kepada negara.

Menurut beliau, inisiatif pentadbirannya yang memfokuskan kepada pemerkasaan rakyat telah menghasilkan impak positif terhadap ekonomi Malaysia.

"Kita berjaya kerana kita bekerja dalam satu pasukan, kita berjaya kerana kita mahu menghapuskan rasuah.

"Andaian bahawa apabila seseorang itu menjadi pemimpin, dia harus memperkayakan keluarga dan kroni sendiri, ini harus berhenti," katanya.

Perdana Menteri berucap demikian pada majlis makan malam bersama diaspora dan rakan-rakan Malaysia di sini.

Beliau turut berkongsi mengenai siri lawatan rasminya ke beberapa negara, yang bukan sahaja berjaya memperkukuh hubungan dua hala tetapi juga memberi manfaat ekonomi yang signifikan kepada negara dan rakyat Malaysia.

SITI AISHAH MD ISA