PM puji usaha Johor perkasa aset warisan, pelancongan negeri

FOTO JABATAN PERDANA MENTERI

KUALA LUMPUR, 2 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Kerajaan Johor atas ikhtiar berterusan dalam menaik taraf aset warisan serta memperkasa tarikan pelancongan negeri itu, sejajar dengan aspirasi Tahun Melawat Johor.

RINGKASAN BERITA AI
  • PM puji usaha Johor menaik taraf aset warisan untuk memelihara jati diri dan sejarah bangsa.
  • Usaha negeri selari dengan aspirasi Tahun Melawat Johor dan menyokong Tahun Melawat Malaysia.
  • Projek warisan dijangka merancakkan ekonomi setempat melalui pemerkasaan tarikan pelancongan.
  • Kunjungan PM ke Muzium Diraja Abu Bakar menekankan nilai khazanah diraja dan kebudayaan Kesultanan Johor.

Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata usaha itu turut menyokong agenda nasional sempena Tahun Melawat Malaysia dalam merancakkan ekonomi setempat, di samping memelihara jati diri serta sejarah bangsa.

“Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan mengunjungi Muzium Diraja Abu Bakar, Johor Bahru.

“Muzium ini menghimpunkan khazanah diraja serta warisan sejarah dan kebudayaan Kesultanan Johor yang bernilai tinggi, di samping persekitaran landskap yang terpelihara dan menarik,” katanya.