SUBANG, 21 Disember- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) saling menyokong untuk berkembang dalam industri minyak dan gas.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata penting untuk Petronas diiktiraf sebagai sebuah badan nasional dan semua obligasi kontraknya dihormati tanpa sebarang kompromi.
"Petronas juga perlu menyokong Petros dan membolehkannya menjadi pemain yang penting," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Anwar turut menyifatkan perbincangan beliau dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai amat baik.
"Kami (kedua-dua pihak) mahukan penyelesaian yang baik mengenai isu ini," kata beliau sebagai respons kepada perbincangan mengenai pengagihan gas antara Petronas dan Petros.
BERITA BERKAITAN