fb fb fb fb fb

PM mahu jadikan setiap perayaan, budaya teras perkuat kesepaduan

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Wesak buat seluruh penganut Buddha terutamanya di Malaysia.

Menerusi hantaran di facebooknya, beliau mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama menjadikan setiap perayaan dan budaya sebagai teras atau elemen yang memperkuat kesepaduan dan mempertingkat persefahaman.

"Semoga perayaan Wesak yang mencerahkan buat kalian, membawa kebahagiaan buat sahabat dan keluarga, selain memperkukuh kerukunan.

“Saya amat yakin negara ini mampu menjadi gagah dengan rakyatnya yang kuat dan berpadu. Sekali lagi, selamat menyambut Hari Wesak buat seluruh penganut Buddha di Malaysia!” katanya.

Anwar berkata antara etika universal yang ditekankan dalam ajaran Buddha adalah menolak ‘ignorance’ (kejahilan/ketidaktahuan).

Hari Wesak adalah hari terpenting masyarakat beragama Buddha bagi memperingati kelahiran, pencerahan dan kematian pengasas agama itu, Siddharta Gautama.

TETITIA YUSOFF