fb fb fb fb fb

PM luang masa lawat Pengarah Media PMO di hospital

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 Julai- Di sebalik kesibukan dan tugasan rasmi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Rozaid Abdul Rahman yang menerima rawatan di Hospital Serdang.

Anwar menerusi perkongsian dalam Facebook beliau mendoakan Rozaid diberi kesembuhan segera.

"Mendoakan agar beliau diberi kesembuhan sesegera mungkin, Insya-Allah," katanya.

SITI AISHAH MD ISA