fb fb fb fb fb

PM luang masa tinjau Pesta Deepavali di Little India

KUALA LUMPUR, 23 Oktober - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkesempatan meluangkan masa berkunjung dan meninjau Pesta Deepavali di Little India Brickfields di sini pada malam Sabtu.

Beliau tiba pada kira-kira pukul 9.20 malam di kawasan yang menempatkan lebih 130 gerai menjual kelengkapan sambutan Deepavali pada Isnin ini.

Ketibaan beliau diiringi Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan serta disambut dengan paluan kompang dan pukulan gendang India.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Perdana Menteri menyampaikan sumbangan deepavali kepada 10 penerima yang merupakan anak-anak yatim.

(Datuk Seri Ismail Sabri menyampaikan sumbangan Deepavali
kepada 12 penerima, antaranya adalah anak-anak yatim/FOTO Dian)

Beliau kemudiannya turut berkesempatan melawat beberapa kedai pakaian tradisional kaum India di sekitar Brickfields dan beramah mesra bersama pengunjung yang hadir.

Sementara itu, Saravanan berkata meskipun perdana menteri mempunyai jadual yang padat namun beliau sudi meluangkan masa untuk berkunjung ke Brickfields menunjukkan keprihatinan beliau kepada kebajikan masyarakat India.

"Saya ucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana walaupun baru balik dari Bera, Pahang, dan esok pagi perlu ke Sabah, beliau masih sempat melawat tapak perniagaan Little India.

"Beliau turut membeli tiga persalinan tradisional kaum India bewarna biru, coklat dan putih untuk dipakai ketika menghadiri rumah terbuka Deepavali nanti," katanya.

Pesta Deepavali Brickfields 2022 berlangsung selama 10 hari bermula 14 Oktober lalu dan akan berakhir pada Isnin ini.

Media Baharu