fb fb fb fb fb

PM luang masa melawat Pameran Era Pasca Normal MADANI

Datuk Seri Anwar (paling kanan) melawat Pameran Era Pasca Normal MADANI, hari ini

KUALA LUMPUR, 26 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa melawat Pameran Era Pasca Normal MADANI di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur hari ini. 

Pameran yang bermula hari ini sehingga 10 November depan akan membawa pengunjung menerokai teori mengenai kehidupan manusia pasca normal dalam pembangunan rangka kerja dasar Madani yang dipelopori Anwar dalam kerajaan diterajuinya.

Pameran menampilkan hasil karya seni enam artis tempatan yang diterjemahkan berdasarkan kerangka konsep 'MADANI' yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri. 

Penganjuran pameran tersebut merupakan kerjasama antara Berjaya Times Square dan Pusat Kajian Masa Hadapan dan Polisi Pascanormal (CPPFS).

Hadir sama Ziauddin Sardar Pengarah CPPFS serta Tan Sri Vincent Tan Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE