fb fb fb fb fb

PM lawat penduduk terjejas banjir di Hulu Terengganu, sampaikan wang ihsan

HULU TERENGGANU, 2 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Batu 23, di sini hari ini..

Beliau tiba di PPS berkenaan pada 2.15 petang dengan diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

"Kesempatan itu turut diambil untuk mengagihkan bantuan wang ihsan berjumlah RM1,000 setiap keluarga," katanya.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan bantuan kepada penduduk terjejas banjir semasa membuat lawatan di PPS hari ini)

Terdapat 272 penduduk daripada 75 ketua isi rumah di tempatkan di PPS berkenaan sejak Sabtu lalu.


Beliau turut mengumumkan, penduduk terjejas banjir kali ini juga layak menerima bantuan-bantuan lain yang disediaka bawah Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.

Ini termasuk bantuan pembelian keperluan asas.

"Gelombang pertama dulu sama sahaja apa yang mereka terima di Terengganu sama saja terima. Bantuan wang ihsan RM1,000,"

"RM2,500 untuk beli baiki dan barangan rumah dan elektrik, baiki kenderaan. Hampir RM10,000,"Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira setengah jam beramah mesra dengan orang ramai, sebelum menyampaikan sumbangan berkenaan kepada penduduk terjejas.

Beliau seterusnya bertolak ke Kelantan untuk melawat sebuah lagi PPS di Pasir Mas.

Media Baharu