fb fb fb fb fb

PM jumpa sahabat lama, Pengerusi Nippon Foundation

Anwar Ibrahim dan Yohei Sasakawa/Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 10 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Nippon Foundation, Tan Sri Yohei Sasakawa, hari ini.

Dalam pertemuan itu, Sasakawa yang juga sahabat lama kepada Anwar berkongsi mengenai aktiviti terkini yang sedang dilaksanakan syarikat Nippon Foundation di rantau ini.

Kedua-duanya turut sempat bertukar pandangan mengenai isu semasa.

"Saya kagum melihat semangat dan kecekalan Sasakawa yang mengabadikan sebahagian besar hayatnya untuk berbakti kepada masyarakat," kata Anwar menerusi Facebook beliau.

Menurut Anwar, Sasakawa adalah seorang dermawan yang aktif melaksanakan kerja-kerja kemanusiaan dalam pelbagai bidang.

SITI AISHAH MD ISA