fb fb fb fb fb

PM Jepun berlepas pulang, tamat lawatan kerja ke Malaysia

Pesawat yang membawa Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berlepas ke Jepun, 3.00 petang tadi

SEPANG, 5 November - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan isteri Yuko Kishida berlepas ke Jepun pada pukul 3.00 petang tadi dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), selepas menamatkan lawatan kerja ke Malaysia selama dua hari.

Kishida mengadakan lawatan kerja ke Malaysia bermula semalam dan ia merupakan lawatan pertamanya ke Malaysia sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun pada Oktober 2021.

Hadir sama di kompleks itu ialah Duta Besar Jepun ke Malaysia, Katsuhiko Takahashi bersama isteri Mami Takahashi.

Pertemuan empat mata antara Kishida dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berlangsung di Kompleks Seri Perdana pagi tadi bagi menilai kemajuan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Datuk Seri Anwar menerusi sidang media bersama rakan sejawatnya itu turut menyatakan rasa optimis bahawa pelaburan langsung asing (FDI) dari Jepun akan melebihi RM30 bilion pada tahun ini.

Jelasnya, ia menandakan keyakinan tidak berbelah bahagi pelabur dari negara itu terhadap Malaysia.

ROSLINA BINTI DIN