KUALA LUMPUR, 21 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi sumbangan kepada pesakit yang terlantar akibat strok, Ahmad Kamaruzaman.
Menerusi perkongsian di Facebook, sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi pesakit berkenaan di Kampung Seberang Balok, Pahang.
"Dahulu, beliau (Ahmad) kuat bekerja bagi menyara keluarga, namun penyakit ini merubah segalanya.
"Kini, segala urusan harian bergantung kepada ahli keluarga yang setia di sisi.
"Semoga Encik Ahmad terus diberi aafiyah dan kekuatan oleh Allah SWT," katanya.