fb fb fb fb fb

PM bakal rasmi sambutan hari kastam

Sebanyak 30 reruai daripada JKDM termasuk pelbagai agensi kerajaan lain yang bakal disediakan kepada pengunjung

KUALA LUMPUR, 17 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal merasmikan Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-42 pada 23 Januari ini.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin berkata ia bagi meraikan kecemerlangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang berdiri teguh sepanjang penubuhannya.

Katanya, sambutan yang membawa tema Kastam Menggandingi Rakan Kongsi Tradisi dan Baharu dengan Satu Tekad bakal diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

"Sebanyak 30 reruai daripada JKDM termasuk pelbagai agensi kerajaan lain yang bakal disediakan kepada pengunjung termasuk 'klinik' Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

"Keunikan pada sambutan kali ini juga akan menampilkan pasukan khas elit JKDM iaitu pasukan Tempur Operasi Medan Kastam.

"Orang ramai dijemput hadir ke sambutan berkenaan," kata Anis kepada pemberita menerusi program terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM