BUSAN, 1 November - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke Korea Selatan.
Pesawat khas membawa beliau dan delegasi Malaysia, berlepas ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan, kira-kira pukul 2.00 petang waktu tempatan.
Perdana Menteri dijadualkan tiba di tanah air pukul 7.30 malam ini waktu Malaysia.
Lawatan kerja beliau ke republik itu, bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (AELM) 2025 yang berlangsung di Gyeongju, terletak kira-kira 90 kilometer dari Busan.