fb fb fb fb fb

PM adakan pertemuan tertutup bersama jentera BN Muar

MUAR, 11 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Jentera Barisan Nasional Muar di Dewan Tun Sulaiman, Muar, Johor pagi tadi.

Perjumpaan tertutup itu berkaitan gerak kerja Pilhan Raya Umum Dewan Negeri Johor ke-15 akan datang.

Pertemuan berlangsung selama kira-kira tiga jam, sebelum beliau mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua bahagian Johor Utara.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad; Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Setiausaha UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali.

Perdana Menteri kemudiannya berangkat ke Masjid Jamek Sultan Ibrahim, bagi menunaikan solat Jumaat.

Media Baharu