fb fb fb fb fb

PLUS rancang pelebaran lebuh raya Dari Johor Bahru ke Tangkak

Foto hiasan

JOHOR BAHRU, 17 Disember- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merancang untuk menjalankan kerja pelebaran lebuh raya di lokasi baharu di Johor, iaitu dari Johor Bahru hingga ke Tangkak, bermula Mac tahun depan.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerja pelebaran lebuh raya itu akan dijalankan secara berfasa dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

"Kita akan mulakan pada Mac 2024, insya-Allah fasa satu dan dua, akan selesai dalam tempoh tiga tahun, Jadi selepas ini mudah untuk pulang ke kampung halaman," katanya semasa pertemuan dengan pihak PLUS di sini.

Oktober lalu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2024, mengumumkan Projek Pelebaran Lebuhraya PLUS daripada empat kepada enam lorong, dilanjutkan dari Sedenak ke Simpang Renggam, melibatkan kos RM931 juta.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI