KUALA LUMPUR, 22 Julai- Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berfasa bermula Jun 2025.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia akan dilaksana dengan konsep dan format baharu.
"Sebaliknya modul ini menekankan aspek-aspek seperti disiplin diri yang merujuk kepada pengurusan masa, kebersihan, kepatuhan peraturan, keupayaan untuk melakukan kerja berkumpulan serta ketahanan melakukan sesuatu tugasan secara bertanggungjawab.
"Kedua, penekanan sehingga 70 peratus modul ini adalah berasaskan kepada dapatan libat urus dengan pelbagai pihak yang memberi maklum balas tentang sikap dan perilaku golongan muda pada masa kini yang dilihat perlu untuk dibentuk, dengan nilai keutuhan diri dan tegas.
"Ketiga, kita berhasrat jadikan PLKN baharu ini satu medium mendedahkan tentang realiti serta keistimewaan kerjaya pertahanan.
"Keempat kita melebihkan elemen ketenteraan ini kerana ia adalah satu elemen atau pendedahan yang tidak boleh diperoleh sepanjang masa, sebaliknya elemen-elemen seperti cintakan negara," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator, Datuk Abdul Halim Suleiman di Dewan Negara di sini.
Selain itu, modul asas kenegaraan dibangunkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), mengandungi Modul Kenegaraan Elemen Jati Diri, Modul Kenegaraan Elemen Cinta Negara dan Modul Kenegaraan Elemen Perpaduan.