fb fb fb fb fb

Pinjaman PPLH, RM41.2 juta berjaya dikutip KPK

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 14 Mac - Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyediakan Pinjaman mudah bagi  Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) kepada syarikat swasta serta koperasi dan agensi yang berkelayakan.

Pinjaman tersebut bertujuan untuk menjamin pengeluaran bekalan bahan mentah yang berkualiti dan berterusan kepada industri perkayuan negara.

Timbalan Menteri Perladangan Dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata setakat ini tiga kaedah bayaran balik pinjaman ditawarkan iaitu melalui hasil lateks, hasil tebangan awal dan hasil kutipan balik pinjaman.

"Sehingga 31 Disember 2023, sebanyak RM41.2 juta telah berjaya dikutip daripada 23 peminjam PPLH iaitu RM20.5 juta daripada hasil lateks,RM12.8 juta daripada hasil tebangan awal dan RM7.9 juta daripada hasil kutipan balik", kata Foong Hin di Parlimen hari ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD