fb fb fb fb fb

Pindah rakyat Palestin, MAHAR kutuk rancangan Trump

Foto AFP

KUALA LUMPUR, 5 Februari- Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Menurut MAHAR, rancangan itu melanggar hak asasi manusia, undang-undang antarabangsa dan maruah rakyat Palestin.

Pemindahan paksa adalah tidak boleh diterima dan hanya memburukkan krisis kemanusiaan di Gaza serta wilayah Palestin.

"MAHAR teguh menyokong rakyat Palestin dalam perjuangan mereka menuntut keadilan, kedaulatan, dan keamanan.

"MAHAR turut menyeru pemimpin dunia, badan antarabangsa, dan organisasi hak asasi manusia agar bertindak tegas menghentikan pemindahan paksa serta menegakkan keadilan demi memastikan rakyat Palestin dapat hidup bermaruah, selamat, dan bebas di tanah air mereka," menurut kenyataan itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM