Pindaan Akta Perkhidmatan Pos dijangka dibentang tahun depan

Datuk Seri Fahmi Fadzil (dua dari kiri) menghadiri Majlis Perasmian Persidangan TikTok Shop 2026 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat dari kiri), di sini. / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Pindaan Akta Perkhidmatan Pos bagi memperkukuh aspek keselamatan dalam industri kurier dijangka dibentang di Parlimen tahun depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Libat urus dengan syarikat kurier dilaksanakan sejak tahun lalu untuk memastikan pindaan dilaksana berkesan.
  • Fokus memastikan barangan dihantar tidak menimbulkan isu keselamatan atau melanggar undang-undang.
  • Kementerian dan MCMC meneliti akta untuk memasukkan sektor kurier serta menjamin aspek keselamatan seperti diminta PDRM.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sesi libat urus bersama syarikat-syarikat kurier telah dilaksana sejak tahun lalu bagi memastikan pindaan benar-benar dilaksana dengan berkesan.

Fokus tertumpu kepada usaha memastikan barangan yang dihantar tidak menimbulkan isu keselamatan atau melanggar undang-undang.

“Pada masa yang sama, pihak kementerian dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti akta ini untuk membuat beberapa pindaan, antara lain untuk memastikan sektor kurier terkandung dalam akta, termasuk untuk menjamin aspek keselamatan seperti yang diminta oleh pihak PDRM.

“Jadi pindaan itu akan dibuat mungkin dalam mesyuarat pertama ataupun paling lewat mesyuarat kedua sidang Parlimen tahun depan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Persidangan TikTok Shop 2026 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan akan mengadakan perbincangan dengan MCMC serta Kementerian Pengangkutan bagi memperketat prosedur melibatkan perkhidmatan kurier, penghantaran barangan dan p-panggilan.

Langkah itu diambil selepas polis mengesan perkhidmatan berkenaan dieksploitasi sindiket jenayah untuk menghantar bahan terlarang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.