fb fb fb fb fb

Pilihan raya: Parti Pembangkang Lithunia bakal bentuk kerajaan

Pemimpin pembangkang Lithunia, Vilija Blinkeviciute /Foto REUTERS

VILNIUS,13 Oktober 2023 – Pemimpin Parti Sosial Demokrat (SD),Vilija Blinkeviciute yang merupakan pembangkang Lithuania berkata akan berusaha membentuk kerajaan gabungan bersama dua parti lain selepas pilihan raya parlimen negara itu, pada Ahad.

Keputusan awal menunjukkan SD meraih undi popular tertinggi dalam pilihan raya yang dipenuhi kebimbangan mengenai kos sara hidup dan ancaman yang dari Rusia.

"Saya fikir ini adalah gabungan dengan dua parti sayap kiri," ujar Vilija Blinkeviciute kepada wartawan, sambil memaklumkan bahawa parti-parti yang dimaksudkan adalah Parti Petani dan Hijau serta Parti Untuk Lithuania.

SD memperoleh 20% undi popular, menjadikannya parti terbesar sekali gus mengatasi Kesatuan Tanah Air yang dipimpin Perdana Menteri Ingrida Simonyte dengan 17% dan Parti Nemunas Dawn yang menentang arus perdana dengan 15%.

Sekiranya Blinkeviciute berjaya membentuk kerajaan, beliau dijangka akan meneruskan pendirian tegas Lithuania terhadap Rusia serta perbelanjaan pertahanan yang besar buat negara itu.

Unjuran NATO menunjukkan negara Baltik dengan populasi 2.9 juta penduduk akan membelanjakan sekitar 3% daripada KDNK untuk ketenteraan, menjadikannya sebagai negara keenam terbesar yang membelanjakan pendapatan untuk pertahanan tahun ini.

Lithuania menggunakan sistem pengundian hibrid di mana separuh daripada parlimen dipilih melalui undi popular. Separuh lagi dipilih secara berdasarkan daerah, iaitu satu proses yang lebih memihak kepada parti yang lebih besar.

Di kebanyakan daerah, dua calon teratas akan berdebat dalam pilihan raya pusingan kedua pada 27 Oktober.

Sebanyak 52.1% daripada pengundi Lithunia layak mengundi pada Ahad, meningkat daripada 47.2% empat tahun lalu, menurut data rasmi.

"Saya fikir pengundi kami, rakyat kami, telah menyatakan bahawa mereka mahukan perubahan," kata Blinkeviciute sambil menekankan pendapatan, perumahan, penjagaan kesihatan, dan pendidikan sebagai bidang yang perlu diberi perhatian.

Populariti kerajaan Simonyte merosot akibat inflasi yang melebihi 20% dua tahun lalu, serta perkhidmatan awam yang semakin merosot dan jurang yang semakin lebar antara kaya dan miskin.

Keputusan pilihan raya berkenaan mencerminkan kehendak rakyat Lithuania yang inginkan perubahan dalam kepimpinan negara.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD