fb fb fb fb fb

Petugas media Malaysia lawat Saudi Press Agency

RIYADH, 19 Oktober- Sebahagian petugas media bagi Sidang Kemuncak ASEAN-GCC termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dibawa melawat ke Saudi Press Agency di Riyadh.

Mereka diberi penerangan mengenai sejarah penubuhan agensi media kerajaan Arab Saudi itu.

Presiden Saudi Press Agency, Fahad Hassan Al Agran yakin kerjasama media kedua-dua negara akan terus erat khususnya pada musim haji.

"Saya percaya kerjasama baik dijalin antara Arab Saudi dan Malaysia kerana persamaan negara Islam, termasuk di sini terletaknya Mekah dan Madinah.

"Kedua-dua negara juga dapat menjalinkan pelbagai bekerjasama dan ia boleh dilihat pada musim haji akan datang," katanya kepada pemberita di sini.

Lawatan tersebut antara program yang diatur oleh Kementerian Media Arab Saudi bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-GCC.


(Lawatan tersebut antara program yang diatur oleh Kementerian Media Arab
Saudi bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-GCC.)

Media Baharu