fb fb fb fb fb

Petugas kesihatan dan perubatan ditempatkan di PPS, rawat penduduk terjejas banjir

Di terengganu terdapat 20 PPS iaitu 10 di Kuala Nerus, masing masing empat PPS di daerah Kuala Terengganu dan Marang

SETIU, 23 November - Seramai 80 pasukan kesihatan dan 80 pasukan perubatan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) semasa musim banjir.

Mereka yang terlibat akan bertugas di PPS mengikut keperluan bergantung kepada bilangan penduduk terjejas banjir.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata ketika ini 15 pasukan sudah digerakkan untuk menjalankan saringan terhadap penduduk terjejas banjir di semua PPS terlibat .

Bagaimanapun setakat ini, hanya kes ringan yang direkodkan di PPS.

Mengulas mengenai klinik kesihatan yang terkesan akibat banjir beliau berkata, perkhidmatan rawatan di klinik kesihatan Kuala Jengai, Dungun akan dipindahkan ke sekolah berhampiran.

"Jadi setakat sekarang kita telah pun mengerakkan 15 pasukan perubatan dan juga 18 pasukan kesihatan untuk turun ke 32 PPS yang dibuka. Jadi kita memang buat saringan kepada mereka mereka yang ada masalah kesihatan," kata Dr Kasemani selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Lelaki, di sini.

Dalam pada itu beliau berkata, klinik kesihatan lelaki diwujudkan di setiap daerah sejak Julai lalu.

Buat permulaan, perkhidmatan itu memfokuskan kepada kira-kira 14,000 pesakit diabetis di Terengganu memandangkan mereka berpotensi mengalami masalah mati pucuk.

TETITIA YUSOFF