fb fb fb fb fb

'Petting Zoo' promosi Putrajaya sebagai destinasi pelancongan

Kids Fest 2024

PUTRAJAYA, 27 Januari- Usaha mempromosikan Putrajaya sebagai destinasi eko pelancongan dipergiat dengan mewujudkan Zoo Haiwan Jinak atau 'Petting Zoo'.

Lokasi bertempat di Taman Wetland Putrajaya dijangka siap menjelang hujung tahun ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, usaha itu dapat memupuk kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan masyarakat sejak kanak-kanak lagi.

"Kita dari pihak Perbadanan Putrajaya memang mengalu-alukan program seperti ini untuk mempromosikan Putrajaya sebagai satu hab pelancongan.

"Petting Zoo ini bagus untuk menarik kanak-kanak, di samping ada unsur-unsur peliharaan alam sekitar (dan) haiwan, juga memberi edukasi (pendidikan) kepada anak-anak," katanya pada Majlis Pelancaran Kids Fest 2024 di Taman Wetland Putrajaya di sini.

Dalam pada itu, Dr Zaliha turut memaklumkan program yang julung kali diadakan tersebut akan diperluas ke lokasi lain.

Ia sebagai usaha mempromosikan sektor animasi negara, selain menjadi aktiviti riadah mingguan buat keluarga.

SITI AISHAH BINTI MD ISA