fb fb fb fb fb

PETRA, Masjid Tuanku Mizan laksana ibadah korban, agih kepada asnaf

Foto Facebook Datuk Seri Fadillah Yusof

PUTRAJAYA, 9 Jun – Sebanyak 15 ekor lembu dikorbankan menerusi Program Ibadah Korban PETRA bersama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata daripada jumlah tersebut, 10 ekor lembu merupakan sumbangan hasil kutipan pihak masjid, manakala lima ekor lagi disumbangkan oleh PETRA.

Program tersebut melibatkan lebih 100 sukarelawan terdiri daripada kakitangan masjid, PETRA dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Daging korban kemudian diagihkan kepada masyarakat sekitar Putrajaya serta golongan asnaf terpilih.

β€œIni merupakan amalan yang biasa setiap kali tibanya Aidiladha. Daging korban ini bukan sahaja simbol pengorbanan dalam agama, tetapi juga menjadi medan mempereratkan hubungan sesama masyarakat, khususnya antara yang berkemampuan dan mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Daging Korban yang berlangsung di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

ROSLINA BINTI DIN