fb fb fb fb fb

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia lawat Malaysia hari ini

Volker Türk/Reuters

KUALA LUMPUR, 4 Jun- Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, Volker Türk hari ini mengadakan lawatan kerja ke Malaysia.

Lawatan kerja Türk adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Malaysia memupuk kerjasama dengan PBB bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai hak asasi manusia.

Türk dijadualkan melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan serta beberapa anggota Kabinet.

Beliau juga akan mengadakan perjumpaan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) serta anggota-anggota masyarakat MADANI yang berkaitan.

Türk yang dalam lawatan sulung ke Asia Tenggara sebagai Pesuruhjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia akan disertai oleh pegawai-pegawai kanan dari Pejabat di Geneva dan Bangkok.

Selain Malaysia, beliau dijadual akan turut melawat Thailand dan Laos.

SITI AISHAH MD ISA