fb fb fb fb fb

Peserta Program Himpunan Motosikal RXZ perlu patuh kepada peraturan

Peserta Program Himpunan Motosikal RXZ Member 6.0 diingatkan supaya patuh kepada peraturan/Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 11 September - Semua peserta Program Himpunan Motosikal RXZ Member 6.0 sekali lagi diingatkan untuk mematuhi peraturan ditetapkan serta tidak menggangu ketenteraman orang ramai.

Antaranya tidak menimbulkan isu kritikal seperti lumba haram di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2) dan menunggang motosikal secara berbahaya sehingga menggangu orang awam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Mohd Zamri Samion berkata, advokasi dan nasihat mengenai garis panduan berhubung perjalanan program dan peraturan-peraturan juga sudah dijalankan bersama penganjur dan mereka berkaitan.

"Kita bercakap tentang mematuhi peraturan ini bukan disebabkan kita suka-suka. Kita bercakap tentang keselamatan bila kehadiran dengan jumlah yg sangat besar ini. Saya dimaklumkan kehadiran hampir 80,000 sangat besar.Jumlah yang sangat besar tu bawa jentera motosikal ia membawa kepada risiko. Sebab itu kita minta semua org berkelakuan baik menunggang dengan selamat dan bersifat bertolak ansur, Katanya selepas menjadi tetamu konti Terengganu FM.

Program tersebut dijadual berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus bermula pada Jumaat hingga Sabtu ini.

Trainee2