fb fb fb fb fb

Pesara rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket phone scam

(Mangsa menyedari ditipu selepas anak perempuannya memeriksa telefon bimbit.)

IPOH, 24 Oktober- Seorang pesara kerugian lebih RM127,000 selepas diperdaya sindiket 'phone scam' yang menyamar sebagai pekerja syarikat kurier dan pegawai polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata wanita berusia 61 tahun itu menerima panggilan pada 25 September lalu.

Mangsa dikatakan mempunyai bungkusan yang bermasalah sebelum disambungkan ke talian 'Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang'.

"Mangsa diperdaya oleh suspek yang menyamar sebagai pegawai polis untuk mengemukakan gambar muka hadapan kad bank milik pengadu kepada mereka.

"Mangsa menyedari ditipu selepas anak perempuannya memeriksa telefon bimbit.

"Sebanyak tiga kali transaksi dilakukan ke tiga akaun bank milik individu berlainan sepanjang tempoh antara 9 hingga 10 Oktober.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM