fb fb fb fb fb

Peruntukan Skim Pembiayaan Online TEKUN ditambah tahun depan

(FOTO HIASAN)

SHAH ALAM, 23 Oktober - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan menambah peruntukan RM50 juta bagi Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) pada tahun depan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata SPOT diumumkan pada Ogos lalu dengan peruntukan sebanyak RM10 juta yang dijangka boleh memanfaatkan 1,000 usahawan dalam talian bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Katanya, perniagaan dalam talian dilihat mendapat sambutan dan membabitkan ramai usahawan.

(Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar)

"Kita tengok perniagaan dalam talian mendapat sambutan dan juga ramai usahawan...maka TEKUN telahpun kenalkan satu skim...sebab kita hendak menggalakkan lebih ramai usahawan menceburi perniagaan dalam talian ini," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seminar Keusahawanan Tekun Nasional Parlimen Shah Alam, Kota Raja, Kapar dan Klang, di sini.

Tambah Noh, sehingga kini sebanyak 253 permohonan SPOT diluluskan dengan peruntukan berjumlah RM1.898 juta.

Katanya, SPOT juga menawarkan kadar faedah yang rendah iaitu tiga peratus berbanding kebiasaan skim pinjaman yang menetapkan kadar faedah sekitar empat peratus.

Media Baharu