fb fb fb fb fb

Peruntukan RM900 juta beri kelegaan pemain sektor agromakanan

PAGOH, 2 Mac - Peruntukan lebih RM900 juta yang disalurkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sejak dua tahun lalu, berjaya membantu pemain industri khususnya sektor agromakanan kekal bertahan ketika berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata peruntukan tersebut diberikan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Dana Jaminan Makanan.

(Ronald Kiandee pada sesi libat urus sempena Jelajah Dialog Industri Agromakanan bersama komuniti)

Dalam usaha memastikan setiap pemain industri dapat memanfaatkan peruntukan itu, kementerian komited meneruskan sesi dialog atau libat urus bersama golongan tersebut.

"Untuk mendengar cadangan dan keluhan mereka dan mengambil tindakan perlu dalam bentuk penyelesaian oleh dasar dan sebagainya, untuk menentukan industri agromakanan dapat dibangunkan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

Beliau sebelum itu mengadakan sesi libat urus sempena Jelajah Dialog Industri Agromakanan bersama komuniti, di sini hari ini.

Subsektor tanaman masih kekal sebagai penyumbang utama melibatkan RM24.1 bilion berbanding subsektor lain di bawah sektor agromakanan pada 2020.

Media Baharu