fb fb fb fb fb

Peruntukan RM56 juta mantapkan pekhidmatan koreksional jabatan penjara

KUALA LUMPUR, 9 Oktober- Peruntukan berjumlah RM56 juta beserta insentif menerusi bajet 2023 akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkasa dan memantapkan lagi perkhidmatan koreksional Jabatan Penjara Malaysia.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nordin Muhamad memaklumkan, segala peruntukan dan insentif termasuk imbuhan kepada penjawat awam itu secara langsung membuktikan kerajaan sentiasa memandang serius kebajikan serta pelaksanaan program pemulihan.


(Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Nordin Muhamad/ Foto Bernama)

Beliau menyatakan inisiatif AgroPenjara sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi aktiviti pertanian dan perladangan yang membabitkan 70 hektar tanah penjara.

Potongan cukai tambahan turut diberi kepada majikan yang menggaji bekas banduan dipanjangkan kepada bekas penghuni Sekolah Henry Gurney.

Jabatan itu turut memperoleh peruntukan RM18 juta merangkumi pembelian alat pengimbas badan serta menaik taraf fasiliti membabitkan lima penjara antaranya Penjara Seremban di Negeri Sembilan.

Sebanyak RM28 juta juga diperuntuk bagi meneruskan pembinaan kuarters di bawah Jabatan Penjara meliputi Pusat Koreksional Labuan dan juga Akademi Koreksional Malaysia.

Media Baharu