fb fb fb fb fb

KWSP peruntuk RM250 juta, pacu pertumbuhan syarikat pertengahan

Menurut Penganalisa Korporat dan Perniagaan, Mohamad Faisal Abdul Malik, langkah itu menandakan keyakinan terhadap potensi syarikat pertengahan, berbanding hanya tertumpu kepada syarikat tersenarai dan berwajaran tinggi.

KUALA LUMPUR, 19 Mac- Peruntukan RM250 juta oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membolehkan syarikat sederhana yang berpotensi tinggi berkembang maju.

Menurut Penganalisa Korporat dan Perniagaan, Mohamad Faisal Abdul Malik, langkah itu menandakan keyakinan terhadap potensi syarikat pertengahan, berbanding hanya tertumpu kepada syarikat tersenarai dan berwajaran tinggi.

Jelasnya, syarikat pertengahan sememangnya memerlukan pelbagai sokongan termasuk dana, akses pasaran dan kerjasama daripada pemodal berwibawa.

"Saya melihat dalam konteks strategik bukan hanya daripada sudut kemampanan strategi memberi modal kewangan semata-mata

"Tetapi sokongan moral dan reputasi syarikat yang mendapat kepercayaan daripada EPF ini merupakan satu pengiktirafan dan persepsi positif kepada ekosistem syarikat itu sendiri.

"Contohnya seperti bank, vendor, pelabur, akses eksport," katanya kepada pemberita di sini.

Mohamad Faisal berharap, langkah itu adalah permulaan kepada lebih banyak usaha membantu syarikat pertengahan pada masa akan datang, disokong tadbir urus yang baik.

KWSP semalam mengumumkan usaha sama dengan firma modal teroka, Gobi Partners menerusi peruntukan RM250 juta bagi memangkin pertumbuhan syarikat peringkat pertengahan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM