fb fb fb fb fb

Peruntukan RM150 juta atasi masalah banjir kilat di sekitar Kuching

Hilmy Othman (tengah) ketika Majlis Perhimpunan Khas Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bersama Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi di Kuching

KUCHING, 1 Februari- Banjir kilat di Bandaraya Kuching hanya akan berlaku sekiranya hujan lebat dalam jangka masa yang panjang ekoran sistem perparitan di kawasan bandaraya hanya dapat menampung hujan bawah 100 mililiter.

Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman memberitahu, mengambil contoh banjir yang berlaku pada Ahad lepas di Bandaraya Kuching, ia adalah ekoran daripada hujan lebat selama lima jam sejak awal pagi sekali gus menyebabkan limpahan air yang banyak di kawasan lebih rendah.

Beliau berkata, sehubungan itu, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM150 juta bagi projek tebatan banjir termasuk sistem perparitan di sekitar Bandararaya Kuching bagi mengatasi masalah tersebut,

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Khas Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bersama Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi di Kuching hari ini.

Kapasiti 100 mililiter untuk sistem perparitan katanya, adalah memadai tetapi sekiranya berlaku hujan lebat ia akan menyebabkan banjir kilat.

Sementara itu, Hilmy memaklumkan sebanyak 46 daripada 60 aktiviti telah dirancang dan akan dilaksanakan pihaknya tahun ini.

Katanya, aktiviti-aktiviti tersebut meliputi sukan dan riadah, kesenian dan kebudayaan serta keagamaan.

Selain itu, melalui Kejiranan Mesra (KJM), DBKU akan terus memperkasa penglibatan komuniti agar lebih bersifat inklusif.

Beliau berharap,kemeriahan aktiviti-aktiviti seliaaam DBKU bukan hanya terasa di pusat bandaraya namun turut dirasai di kawasan kejiranan taman perumahan dan kampung-kampung.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE