fb fb fb fb fb

Peruntukan PHEKS dinaikkan kepada RM10 juta- Steven Sim

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong

PUTRAJAYA, 20 Januari- Peruntukan untuk Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) dinaikkan kepada RM10 juta pada tahun ini, berbanding RM5.8 juta tahun lalu.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, ia diberi selaras usaha pemerkasaan pekerja selain bertujuan memperkemas pengurusan kesatuan sekerja menerusi pendigitalan.

Had maksimum permohonan geran untuk kesatuan sekerja juga dinaikkan daripada RM20,000 tahun lalu kepada RM30,000.

"Kita naikkan daripada RM5.8 juta kepada RM10 juta untuk tahun ini dan siling ataupun hak maksimal yang boleh dipohon dari segi dananya untuk kluster latihan, kita naikkan. Tahun 2023, RM10 juta.

"Tahun lepas saya naikkan kepada RM20 juta.Tahun ini kita naikkan maksima yang boleh dipohon ialah RM30 juta untuk setiap kali pemohonan.

"Ini adalah antara usaha kita di Kesuma untuk memperkasakan kesatuan sekerja melalui program-program peningkatan latihan kemahiran dan juga satu sektor baru ataupun kluster baharu iaitu pendigitalisasian operasi pengurusan kesatuan sekerja," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Lawatan Kerja Bersama Gabungan Kesatuan Badan Berkanun Diasingkan Saraan Dan Bebas (GKSBBDSB).

Sehingga kini, 759 kesatuan sekerja di seluruh negara berdaftar dibawah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) dengan jumlah keahlian lebih sejuta pekerja.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE