KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Kementerian Pendidikan menerima peruntukan sebanyak RM66.2 bilion dalam Belanjawan 2026 berbanding RM64.2 bilion tahun ini.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata peningkatan tersebut jelas bukti komitmen kerajaan untuk memastikan pendidikan yang berkualiti, selamat dan inklusif.
"Belanjawan ini bukan sekadar perbelanjaan, tetapi pernyataan moral. Jadi pernyataan moral itu disokong dengan satu belanjawan yang sangat komprehensif bermula dengan tujahan- tujahan, saya fikir penting dalam pendidikan termasuk TVET, tumpuan kepada orang asli dan secara keseluruhannya pembangunan pendidikan.
Beliau berkata demikian selepas pembentangan Belanjawan 2026 di lobi Parlimen.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan itu bagi memperkukuh sistem pendidikan negara yang lebih menyeluruh, tangkas dan selaras dengan keperluan masa depan.