fb fb fb fb fb

Peruntukan lebih RM30 juta tingkat hasil pertanian makanan di Sabah

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 13 Julai - Lebih RM30 juta diperuntukkan kepada kerajaan negeri Sabah bagi meningkatkan penggunaan tanah dalam usaha menambah hasil pertanian makanan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan berkata, peruntukan yang disalurkan kepada negeri itu meliputi tujuh buah projek yang dikemukakan Kerajaan Negeri Sabah.

"Antara tujuh projek tersebut ialah seperti pemerkasaan ternakan bersepadu ruminan, pembangunan 23 buah pusat pengumpulan hasil tani, pemulihan sawah padi terbiar, pembinaan kilang kopi serta pembangunan tanaman kontan (keladi cina) yang melibatkan pelabagai daerah di negeri Sabah," kata Mohamad.

Peruntukan tersebut secara tidak langsung akan memberi manfaat dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri Sabah.

Ia selari dengan usaha meningkatkan nilai kadar sara diri yang disasarkan dalam Dasar Agromakanan negara 2.0.

Mohamad mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Kediaman rasmi beliau, malam semalam.

TETITIA YUSOFF