fb fb fb fb fb

Peruntukan kepada wakil rakyat, kerajaan tidak pernah halang atau letak syarat- Anwar

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 28 November - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menghalang pemberian peruntukan kepada mana-mana wakil rakyat termasuk pembangkang.

Anwar turut menafikan dakwaan kononnya syarat ketat dikenakan kepada mereka yang memohon peruntukan berkenaan.

Ini sekali gus menangkis andaian bahawa wakil rakyat perlu memberi sokongan kepada Perdana Menteri untuk mendapatkan peruntukan.

Tegas Anwar, dia mahu agar peraturan dihormati dengan mengadakan rundingan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

"Saya hendak tegaskan, walau apa yg diucapkan, kita tidak menghalang daripada perundingan untuk kembalikan peruntukan kepada semua wakil rakyat. Ada juga beberapa peraturan ia tidak automatik,Seperti mana kita terima perlembagaan dan peraturan.

"Kita tidak berikan 'Pre empt peraturan apa. Saya berikan ruang kepada TPM untuk  mendengar pandangan mereka (pembangkang) bincang dengar pandangan mereka, Ini yang saya minta Ahli Parlimen Kota Bharu beritahu sahabat-sahabat", katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen hari ini.

Katanya, kerajaan belum menerima sebarang rundingan secara rasmi dengan pembangkang berkaitan isu peruntukan

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD