fb fb fb fb fb

Peruntukan bernilai RM1.2 trilion bagi NETR sehingga 2050

Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR, 28 November- Semakan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang diterbitkan Kementerian Ekonomi menunjukkan jumlah pelaburan diperlukan bagi menjayakan hasrat pelan hala tuju sehingga tahun 2050 ialah berjumlah RM1.2 trilion.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan, pelaburan yang dikhususkan bagi bidang Tenaga Boleh Baharu dianggarkan berjumlah RM445 billion sehingga tahun 2050.

Buat masa ini, kesemua program khususnya inisiatif flagship bawah NETR masih di peringkat perancangan dan sedang dimuktamadkan sebelum pihak pemegang taruh berkenaan memeterai perjanjian.

"Secara umum dalam peralihan tenaga ini, kita menjangkakan bahawa 30% daripada pelaburan yang diperlukan akan datang daripada pelaburan awam manakala baki 70% daripada pelaburan swasta sama ada pelaburandalam negara ataupun pelaburan asing.

"Nilai pelaburan yang unjurkan menerusi pelaburan awam adalah tertumpu kepada pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur grid. Manakala pelaburan swasta yang merangkumi pelaburan dalam penghasilan tenaga, penyimpanan bateri, dan teknologi berkaitan penangkapan karbon akan dijangka akan diperolehi daripada pelaburan sektor swasta," katanya ketika menjawab soalan daripada ahli Parlimen Simpang Renggam Datuk Seri Utama Hasni Mohammad.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI