fb fb fb fb fb

Peruntukan: Anwar minta pembangkang bincang dengan Fadillah

FOTO HIASAN/FOTO RTM

PUTRAJAYA, 4 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Ahli Parlimen pembangkang terus mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung permohonan peruntukan untuk kawasan masing-masing.

Ia susulan kenyataan ahli Parlimen pembangkang pada Jumaat, yang memaklumkan akan menghentikan rundingan atau permohonan peruntukan bagi kawasan mereka dengan Fadillah.

"Bincang dengan TPM Fadillah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, di sini, hari ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD