fb fb fb fb fb

Peruntukan ahli parlimen pembangkang, jawatankuasa ditubuh perhalusi cadangan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Februari- Sebuah Jawatankuasa akan ditubuhkan bagi meneliti sebarang cadangan termasuk isu peruntukan daripada pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, penubuhan jawatankuasa itu perlu bagi menyelesaikan isu berkenaan secara lebih konsensus dan menyeluruh.

"Sebab kerajaan ini kita terpaksa ada konsensus, jadi konsenses itu yang perlu kita dapatkan, tapi tidak perlu bawa ke media, nanti kita bincang siapa-siapa yang nak bincang kita bincang.

“Saya perlu halusi segala cadangan sebab walaupun banyak cadangan dikemukakan oleh Syed Saddiq tapi dia nak mewakili pembangkang … tapi dia hanya mewakili diri sendiri sebab pembangkang sudah ada ketua pembangkang, jadi kita kena lihat keseluruhan, Kalau ada apa... kita akan bincang", katanya.

Tambahnya, sehingga hari ini tiada pertemuan yang diadakan antara beliau dan ketua pembangkang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS).

 

ROSLINA BINTI DIN