fb fb fb fb fb

Pertemuan khas UMNO: Persiapan parti sebelum PRU15

(Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri (tengah) hadir pada
Perjumpaan Khas Ketua Bahagian UMNO bersama Presiden Parti dan Perdana Menteri/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di ibu negara petang tadi.

Ia diadakan sebagai persiapan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO hadir bersama beberapa pemimpin parti yang lain.

Perjumpaan khas berkenaan diadakan di Pusat Dagangan Dunia(WTC) Kuala Lumpur bersama 764 perwakilan bahagian dan sayap melibafkan 191 bahagian UMNO.

Mereka terdiri daripada Ketua UMNO Bahagian, Ketua Wanita UMNO, Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Puteri UMNO.

(Ahli UMNO melakukan pendaftaran pada Perjumpaan Khas Ketua Bahagian UMNO
bersama Presiden Parti dan Perdana Menteri /BERNAMA)

Media Baharu