fb fb fb fb fb

Persidangan Koperasi India, platform bantu tingkatkan ekonomi komuniti

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk R. Ramanan

RANTAU, 15 Jun- Persidangan Koperasi India akan dianjurkan buat kali pertama pada tahun ini. 

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk R. Ramanan, persidangan itu kelak akan dijadikan sebagai platform solusi kepada peningkatan ekonomi komuniti India. 

"Untuk semua koperasi India. Platform untuk memberikan bantuan kepada mereka termasuk hala tuju dan mendapatkan maklum balas daripada mereka."

"Selain itu, kita akan beri bantuan nasihat bagaimana mereka boleh menaikkan koperasi mereka ke tahap lebih tinggi," kata Ramanan kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan kunci Projek Perumahan Taman Nesa Delima yang dibangunkan oleh Koperasi Nesa Pelbagai Berhad di Rantau, di sini.

Sehingga kini, 419 koperasi India berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melibatkan seramai 250,000 ahli, RM1.7 bilion aset serta jumlah modal syer dan yuran koperasi mencecah RM619 juta.

Projek berkenaan dibangunkan diatas tanah seluas 8.03 ekar dengan 68 unit rumah bernilai keseluruhan RM30 juta.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM