fb fb fb fb fb

Perolehan projek mineral: MCMC arah video dipadamkan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 November- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengarahkan pengendali media sosial menurunkan audio serta video yang membabitkan dakwaan rasuah melibatkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah berkaitan perolehan projek mineral.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata arahan itu dibuat susulan permintaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan siasatan tidak terganggu.

"PDRM sedang menyiasat mengenai ugutan tersebut," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor Bil. 2 2024 di sini.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa rakaman video yang tular, didakwa melibatkan ADUN Sabah tersebut berhubung dakwaan rasuah.

SPRM Sabah juga telah memanggil lima ADUN untuk dirakam percakapan berkaitan dakwaan melibatkan perolehan projek mineral di negeri itu.

Pada 13 November lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kes ugutan bunuh yang diterima oleh pemberi maklumat yang mendakwa memiliki lapan video berkaitan kejadian tersebut.

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM