KUALA LUMPUR, 14 Disember- Permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji bagi tahun 1446H/2025M dibuka bermula hari ini sehingga 31 Januari depan melalui aplikasi dan laman sesawang THiJARI.
Ketua Jabatan Haji Tabung Haji (TH), Mohd Hisham Harun dalam satu kenyataan memaklumkan, ia dibuka lebih awal bagi mengelakkan proses rayuan dilakukan pada saat-saat akhir.
Tempoh rayuan ini dibuka terutama untuk rayuan mahram, pengiring jemaah lanjut usia dan pengiring bagi jemaah orang kurang upaya (OKU).
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.thijari.com.my bagi mengetahui proses permohonan rayuan, menyemak kategori dan status permohonan.
6 Disember lalu TH telah mengeluarkan surat tawaran haji secara berperingkat kepada 31 ribu 600 bakal jemaah bagi tahun 2025.