fb fb fb fb fb

Permohonan pengambilan pekerja asing dihentikan sementara - KSM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos - Permohonan pengambilan pekerja warga asing akan diberhentikan buat sementara waktu bagi tempoh 15 hingga 31 Ogos 2022.

Ia bagi membolehkan semakan ke atas tatacara permohonan pekerja warga asing susulan pindaan kepada Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang mula berkuatkuasa pada 1 September 2022.


(Foto fail)

Menurut kenyataan yang di keluarkan Kementerian Sumber Manusia (KSM), permohonan yang dikemukakan oleh majikan sebelum atau pada 14 Ogos akan diproses dan diselesaikan sebelum atau pada 31 haribulan.

Tatacara baru bagi permohonan pengambilan pekerja warga asing mulai 1 September nanti akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Media Baharu