fb fb fb fb fb

Permohonan biasiswa YDPA dibuka

KUALA LUMPUR, 2 Februari- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa warga negara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA) tahun 2023 untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah.

Tawaran tersebut meliputi bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang atau Kewangan Islam di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia.

JPA menerusi satu kenyataan memaklumkan pemohon boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi JPA mulai 30 Januari sehingga 3 Mac 2023.

Permohonan yang lengkap perlu dihantar dan diterima pihak JPA sebelum atau pada 10 Mac sama ada melalui serahan tangan atau pos.

JPA turut memaklumkan, permohonan yang memenuhi syarat atau melepasi saringan sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri temu duga.

(Foto hiasan)

Media Baharu